Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya di MSU & Lawatan Sambil Belajar di Kilang Beryl's
Thursday, 8 October 2015
Monday, 5 October 2015
Permohonan Murid Pada 2016
Permohonan secara online untuk kemasukan murid ke program KV dan SMT Ambilan Januari 2016 dibuka mulai 5 Oktober sehingga 20 Disember 2015.
Sila layari http://www.moe.gov.my untuk memohon.
Sunday, 4 October 2015
Peperiksaan akhir KV
Makluman : Peperiksaan akhir KV pada 5 dan 6 Okt adalah berjalan mengikut jadual kerana ianya ialah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Tiada urusan penangguhan dan semua pelajar KV diwajibkan menduduki peperiksaan akhir berkenaan. Guru dan staf yang menyelia peperiksaan juga diwajibkan hadir.
Wednesday, 30 September 2015
Pemberian "Mask" kepada pelajar
Terdapat 8 buah kotak Face Mask telah diagihkan kepada semua pelajar KV Jasin dengan usaha J/kuasa 3K.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir dan pihak yang terlibat.
Monday, 28 September 2015
Friday, 11 September 2015
Pembukaan sebut harga projek
SALAM Sehati Sejiwa..
MAKLUMAN Pembukaan sebut harga projek ubahsuai naik taraf dewan besar, kantin kolej dan dewan makan asrama KV Jasin.
Syarikat kontraktor dari daerah Jasin yang berminat sila hadir sesi taklimat dan lawatan tapak pada Isnin 14 September 2015 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Zamrud KV Jasin.
Pertandingan Sudut Keceriaan
SALAM Sehati Sejiwa..
Pertandingan Sudut Keceriaan Kelas bertemakan bulan kemerdekaan di KV Jasin. Tahniah kepada semua pelajar dan para pensyarah yang turut menjayakan program Bulan Kemerdekaan ini.
Tuesday, 25 August 2015
Wednesday, 12 August 2015
Tuesday, 4 August 2015
Monday, 3 August 2015
Wednesday, 1 July 2015
Hari Persaraan Puan Markonah
Hari ini (1 Julai 2015) merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan Markonah sebagai guru. Beliau telah bersara awal atas sebab kesihatan. Kami doakan agar Puan Markonah sentiasa bahagia dengan kehidupan selepas berpencen. Terima kasih atas jasa-jasamu...
Wednesday, 17 June 2015
Kejohanan Tae Kwon Do
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah menyertai dan memenangi 3 pingat emas, 4 perak dan 14 gangsa di Kejohanan SMD Taekwondo WTF Peringkat Negeri Melaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































